TRANSLATE

Jumaat, 23 Mac 2012

SAINTIS ISLAM MENDAHULUI ZAMAN

Jejak

Saintis Islam Mendahului Zaman


Matematik dan astronomi
Al-Khwarizmi

Nama Al-Khwarizmi cukup harum sebagai ahli matematik Islam yang mencipta Algebra. Tanpanya mungkin dunia tidak tahu menggunakan angka kosong.
Nama penuhnya Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi dan berasal dari Bahgdad, Iraq. Sumbangannya dalam dunia matematik terserlah dalam kajiannya menerusi Hisab al-jabr w’al-muqabala. Dari situ lahirnya perkataan algebra dan ia juga antara buku terawal menerangkan mengenai algebra. Konsep algebra diterima dalam dunia matematik Eropah.
Selain sumbangan dalam matematik, dia juga memberi banyak sumbangan dalam dunia astronomi.
Seorang lagi yang banyak memberi sumbangan dalam dunia matematik dan astronomi adalah Abu Jafar al-Khazin.
Dalam dunia astronomi, inovasinya yang terkenal adalah al Khazin adalah Zij al-Safa’ih, alat menyukat ketinggian bintang. Ia disifatkan sebagai hasil kerjanya yang terbaik. Prototaipnya pernah dibuat tetapi musnah sewaktu Jerman terbabit dalam Perang Dunia Kedua.

530100860_096e2e7c32.jpg
Ibn Asy Syatir juga memberi sumbangan kepada kajian astronomi dengan melahirkanRubu’ Mujayyab. Rubu’ Mujayyab disifatkan sebagai peralatan yang mengandungi grid trigonometri sejagat.
Rubu’ Mujayyab ialah peralatan berbentuk sukuan yang digunakan untuk menghitung trigonometri dan mengukur sudut. Alat ini sebahagian daripada astrolab. Ia mempunyai bulatan ekliptik matahari dan beberapa garisan yang berkaitan dengan pengiraan waktu solat dan arah kiblat serta digunakan juga untuk mengukur ketinggian matahari atau cakerawala lain. 

Perubatan
Kemajuan dunia perubatan Islam dapat dilihat menerusi kerja penyelidikan dan penemuan Ibnu Sina, Al Razzi dan Husayn Ishak Al-Ibadi yang menterjemahkan tulisan Hippocrates dan lain-lain kerja tulisan Greek
.
ar-Razi

Razzi (860-940) dilaporkan menulis lebih 200 buku mengenai perubatan. satu daripadanya merangkumi etika perubatan dan Hawi, 25 naskhah ensaiklopedia amalan perubatan.
Ibnu Sina (980-1037) terkenal pada usia 18 tahun dan menulis 16 buku. Satu darinyaCanoun, ensaiklopedia mengenai penyakit yang ada pada zamannya. Ia diterjemahkan dalam banyak bahasa.
Asas penyelidikan dan penulisan itu terbahagi kemudiannya kepada beberapa cabang sains perubatan seperti zoologi, perubatan veterinar, farmasi dan kimia. Malah perkataan kimia berasal daripada perkataan Arab al-kemia atau alchemy seperti yang dikenali selepas itu.
Sekolah perubatan terpenting waktu itu adalah di Judishapur, Iran yang selepas 738 menjadi sebahagian daripada dunia Islam. Ia menjadi pusat kepada pembelajaran perubatan dan model hospital berkenaan dibina ketika zaman Abbasiyah (749-1258)
Pelayaran dan navigasi
 
Ibnu Batuta nama yang cukup harum dalam dunia ketamadunan Islam. Pengembaraan bermula pada usia 20 tahun membawa kepada pelayaran sejauh 120,000 kilometer dan mengambil masa 29 tahun. Ibnu Batuta singgah di 44 negara meliputi dua benua Afrika dan Asia.
Picture of Ibn Batuta
Islamic Traveler Ibn Batuta (A.D. 1305 - 1369)
Artist's profile of Ibn Batuta (source: National Geographic Dec. 1991)
Setiap kali mengunjungi sesebuah negara atau negeri, Ibnu Batuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulama serta kezaliman yang disaksikan.
Beliau turut mencatatkan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim.
Malangnya, pencapaian Ibnu Batuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatan itu dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.
Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung.
Hakikatnya Ibnu Batuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam.
Seorang lagi ilmuan Islam yang menyumbang dalam dunia teknologi adalah Ibnu Firnas, mencipta kapal terbang. Cubaan untuk terbang menggunakan sepasang sayap dibuat daripada bulu dan rangka kayu tidak berhasil, tetapi idea Abbas Qasim Ibnu Firnas menjadi titik permulaan kepada industri penerbangan hingga hari ini.
Dia diiktiraf sebagai orang pertama dalam sejarah membuat percubaan terbang. Beliau juga dianggap pencetus teknologi penerbangan hingga terhasilnya kapal terbang dan luncur udara (paragliding) yang membolehkan manusia terbang di angkasa. 

Dunia teknologi dan inovasi
Ibnu Ismail Ibnu Al Razzaz Al Jazari (1206 SM) adalah jurutera mekanikal Islam terpenting pada zaman pertengahan. Dia juga dikenali sebagai perintis pengurusan air dan sistem hidrolik.
Dia dikenali sebagai Al Jazari sempena nama kawasan ia dilahirkan Al Jazira, nama tradisi Arab untuk kawasan utara Mesopotamia (dalam dunia moden hari ini ia terletak antara Syria dan Iraq, lebih tepat antara Tigris dan Euphrates).
Ia berkhidmat untuk Dinasti Turki di Diyarbakir sebagai ketua jurutera, jawatan yang sebelum itu dipegang bapanya.
Dia mencipta aci engkol (crankshaft) dan beberapa jam mekanikal berasaskan air dan berat. Dia menulis mengenai 60 inovasinya dalam buku yang dinamakan “Al-Jami Bain Al-Ilm Wal-Amal Al-Nafi Fi Sinat’at Al-Hiyal”.

Al-Jazari’s Automata

Al-Jazari menggambarkan 50 alat mekanikal dalam enam kategori termasuk jam air (satu daripada jam ciptaannya berjaya dibina semula oleh Muzium Sains London pada 1976), kunci kombinasi, alat membasuh tangan, mesin menaikkan paras air, pam dua fungsi untuk sistem pengairan, alat penimbang statik dan pelbagai lagi. Ciptaannya juga diiktiraf sebagai robot manusia pertama dalam sejarah.



Khamis, 22 Mac 2012

TAMADUN YANG HILANG


LEMURIA, SEBUAH TAMADUN MAJU BANGSA MANUSIA YANG HILANG

salah satu wilayah yang dipercayai kedudukan Lemuria
Lemuria/Mu merupakan sebuah tamadun purba yang muncul terlebih dahulu sebelum tamadun Atlantis. Para penyelidik meletakkan era tamadun Lemuria antara sekitar tempoh 75000 SM – 11000 SM.
Jika kita melihat daripada tempoh masa tersebut, dapat diandaikan bahawasanya Bangsa Atlantis dan Lemuria seharusnya pernah hidup bersama selama beribu-ribu tahun lamanya.
Namun demikian, gagasan Benua Lemuria terlebih dahulu wujud berbanding tamadun Atlantis dan Mesir Kuno. Ini dapat kita perolehi penjelasannya daripada sebuah karya Augustus Le Plongeon (1826-1908) iaitu seorang penyelidik dan penulis pada abad ke -19 yang telah membuat kajian terhadap tapak² purbakala peninggalan daripada Bangsa Maya di Yucatan.
Maklumat tersebut diperolehi selepas kejayaannya menterjemahkan beberapa lembaran catatan kuno peninggalan Bangsa Maya. Daripada hasil terjemahannya, telah diperolehi beberapa maklumat yang menunjukkan bahawa Bangsa Lemuria telahpun berusia lebih tua daripada tamadun Atlantis.
Namun dikatakan juga, bahawa tamadun Atlantis dan Lemuria pernah hidup dalam tempoh masa yang sama sebelum kemudiannya terjadi sebuah bencana gempa bumi dan air bah yang maha dasyat sehingga menenggelamkan kedua-dua peradaban maju masa silam tersebut.
Hingga saat ini, kedudukan sebenar Benua Lemuria pada masa silam masih lagi menjadi sebuah kontroversi. Namun berdasarkan bukti arkeologi dan beberapa teori yang dikemukakan oleh para penyelidik, berkemungkinan besar tamadun tersebut terletak di Lautan Pasifik (disekitar Indonesia sekarang).
Ramai ahli arkeologi mempercayai bahawa Easter Island yang misteri itu juga merupakan sebahagian dari Benua Lemuria. Hal ini dipercayai daripada penemuan ratusan patung batu kolosal yang mengitari pulau tersebut dan beberapa catatan kuno yang terukir pada beberapa artifak yang merujuk kepada bekas-bekas peninggalan peradaban maju pada masa silam.
Mitologi turun temurun para suku kaum Maori dan Samoa yang menetap di pulau-pulau sekitar Lautan Pasifik juga ada menyebutkan bahawasanya pada zaman dahlulu kala pernah terdapat sebuah daratan besar di Lautan Pasifik yang hancur setelah diterjah oleh gelombang pasang air laut yang maha dahsyat (tsunami). Namun sebelum malapetaka itu terjadi, bangsa mereka telahpun hancur terlebih dahulu akibat terjadinya peperangan.
Keadaan Lemuria sendiri digambarkan adalah sangat mirip dengan peradaban Atlantis, memiliki tanah yang subur, masyarakat yang makmur dan memiliki penguasaan terhadap beberapa cabang ilmu pengetahuan yang mendalam. Faktor-faktor tersebut tentunya menjadi sebuah landasan asas bagi Bangsa Lemuria untuk berkembang pesat menjadi sebuah tamadun yang maju dan mempunyai banyak ahli/ilmuan yang dapat menciptakan sesuatu yang baru dalam Ilmu pengetahuan dan Teknologi mereka.
Sepertimana yang banyak dikemukakan oleh beberapa pakar spiritual dan arkeologi, bahawa bangsa Lemuria dan Atlantis menggunakan kristal secara intensif dalam kehidupan mereka. Edgar Cayce, Seorang spiritualis Amerika melalui saluran penyelidikannya berkali² mendedahkan perkara yang sama.
kedudukan Lemuria dan Atlantis daripada salah satu tempat yang dipercayai kedudukannya di Bumi
Kuil² di Lemuria dan Atlantis di dalamnya terdapat sebuah kristal generator raksasa yang dikelilingi oleh kristal² kecil lainnya, baik sebagai sumber tenaga mahupun sebagai sumber penyembuhan pelbagai penyakit.
Namun, berbeza dengan bangsa Atlantis yang lebih bergantung pada keupayaan ketenteraan dalam mengembangkan wilayah melalui teknologi peperangan. Sementara Bangsa Lemuria dipercayai sebagai manusia-manusia dengan peringkat evolusi dan spiritual yang tinggi, sangat suka pada kedamaian dan mempunyai nilai moral yang baik. Wallahualam.
Menurut Edgar Cayce, kemunculan Atlantis sebagai suatu peradaban super power pada ketika itu (kalau sekarang mirip Amerika Syarikat begitulah lebih kurangnya) telah membuatkan mereka sangat ingin menakluk bangsa-bangsa lain di dunia, di antaranya Yunani dan Lemuria yang dipandang oleh para bangsa Atlantis sebagai peradaban yang kuat. Berbekalkan peralatan perang yang canggih serta strategi perang yang baik, kemasukan Atlantis ke Lemuria berjalan seperti yang diharapkan.
Sifat baik daripada para bangsa Lemuria yang menjunjung tinggi konsep keamanan telah membuatkan mereka tidak dibekalkan dengan teknologi peperangan secanggih bangsa Atlantis, sehingga dalam jangka waktu yang singkap sahaja, Lemuria sudahpun jatuh ke tangan Atlantis.
Semenjak kekalahan bangsa Lemuria kepada bangsa Atlantis, maka secara automatik wilayah Lemuria telah dapat dikuasai oleh bangsa Atlantis, sehinggalah akhirnya daratan itu diterpa oleh bencana yang sangat dahsyat yang kemudian telah menenggelamkannya bersama beberapa wilayah daratan lain, termasuk diantaranya adalah Atlantis itu sendiri.
Istana Taifurkhafi di Istanbul, Turki, tersimpan selembar peta kuno yang sangat unik. Peta kuno yang diperbuat daripada kulit rusa (Gazelle skin) ini ditemui pada awal abad ke-18, sekilas pandang jika dilihat mungkin ia hanyalah merupakan selembar replika peta daratan pada masa masa lalu.
Dalam peta berkenaan, hanya kawasan Laut Tengah sahaja yang tergambar secara tepat, sedangkan kawasan lainnya seperti benua Amerika dan benua Afrika tergambar dengan sangat berbeza.
Kemudian, ketika para saintis menelitinya dengan lebih lanjut, hasil yang diperolehi adalah sangat mengejutkan, kerana ternyata peta kuno ini sebenarnya adalah gambar pandangan udara dari angkasa yang sangat detail dan terperinci. Jika dibandingkan dengan gambar yang diambil dari pesawat Apollo 8, maka peta kuno Turki ini diibaratkan seperti fotokopinya.
Gambar perubahan garis besar pada benua Amerika dan Afrika di atas peta kuno tersebut bersesuaian dengan gambar yang diambil melalui pesawat Apollo 8. Dan yang lebih menakjubkan lagi adalah bahawa peta kuno itu menggambarkan bentuk rumit permukaan bumi kutub selatan yang ditutupi oleh lapisan ais yang tebal.
Tidak ada perbezaan sedikit pun dengan hasil gambar pemetaan menggunakan fatometer yang dilakukan oleh pasukan eksplorasi kutub selatan pada tahun 1952 yang mengadakan penyelidikan keadaan rupa bumi di bawah lapisan ais.
Lalu siapakah pada masa purbakala yang sudah menguasai teknologi tinggi pemotretan melalui angkasa lepas? Daripada penemuan peta kuno ini, ia telah menjadi suatu bukti akan kemajuan pengetahuan ilmu astronomi yang ada pada tamadun silam yang sehingga saat ini pun masih belum dapat dikuasai oleh manusia-manusia zaman sekarang.
Dalam sebuah kajian lebih lanjut telah mengatakan mungkin mereka telahpun berjaya menghasilkan suatu teknologi yang luar biasa pada masa itu, seperti dapat melakukan penerbangan ke luar angkasa dan pendaratan di planet Marikh dan Bulan kerana bukti terkini menunjukkan terdapat penemuan² yang aneh yang dipercayai hanya mampu dibuat oleh makhluk yang berakal. Untuk mempercayai ia adalah buatan makhluk asing adalah sesuatu yang sangatlah janggal dan tidak munasabah kerana bukti sekarang juga menunjukkan manusia sudahpun pernah mencapai satu ketamadunan sains dan teknologi yang sangat tinggi berbanding sekarang. Apalagi hal tersebut disokong oleh beberapa penemuan artifak² purba yang menggambarkan beberapa gambaran imaginasi angkasawan pada masa silam.

KEGEMILANGAN ISLAM

       KEGEMILANGAN ISLAM


Gambar foto tentang manuskrip zaman pertengahan oleh Qutb al-Din al-Shirazi (1236–1311), seorang ahli falak Parsi. Imej ini menggambarkan model planet kisar.
Semasa Zaman Kegemilangan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan Abbasiyah; bahasa Arab:حضارة إسلامية), para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologiMereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.




Perubatan

PERUBATAN ISLAM
Perubatan merupakan sebahagian utama kebudayaan Islam zaman pertengahan. Bergerak balas kepada keadaan masa dan tempat, pakar perubatan dan cendekiawan Islam mengembangkan sebuah kesusasteraan perubatan yang besar dan rumit yang memeriksa dan mensintesiskan teori dan amalan perubatan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara Amerika Syarikat).
Perubatan Islam dikembangkan berdasarkan tradisi, terutamanya pengetahuan teori dan amalan yang dikembangkan di ParsiYunani, danRom. Bagi cendekiawan-cendekiawan Islam, Galen dan Hippocrates merupakan tokoh-tokoh cemerlang yang berwibawa, diikuti oleh cendekiawan-cendekiawan Yunani di Iskandariah. Para cendekiawan Islam menterjemahkan karya-karya Yunani kepada bahasa Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan perubatan yang baru berdasarkan teks-teks tersebut. Untuk membolehkan tradisi Yunani lebih senang difahami dan diajar, cendekiawan-cendekiawan Islam menyusun pengetahuan perubatan Yunani-Rom yang luas dan kekadang tidak tekal dengan lebih sistematik melalui penulisan ensiklopedia dan ringkasan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS).
Melalui terjemahan-terjemahan Arab inilah dunia Barat mendapat tahu tentang perubatan Yunani, termasuk karya-karya Galen dan Hippocrates. Karya-karya menyeluruh seperti Daftar Karya Perubatan yang ditulis oleh Ibnu Sina dan yang diterjemahkan kepada bahasa Latin dan disebar dalam bentuk manuskrip dan bercetak ke seluruh Eropah mendapat pengaruh yang sama, jika bukan lebih besar, di Eropah Barat. Pada abad ke-15 dan ke-16 sahaja, Daftar Karya Perubatan telah diterbitkan melebihi 35 kali (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS).
Di dalam dunia Islam zaman pertengahan, hospital-hospital telah dibina di semua kota yang utama; umpamanya di KaherahHospital Qalawun mempunyai kakitangan-kakitangan yang termasuk pakar perubatan, ahli farmasi, dan jururawat, yang boleh merawat 8,000 orang pesakit. Terdapat juga dispensari dan kemudahan penyelidikan yang menyebabkan kemajuan-kemajuan dalam pemahaman penyakit berjangkit, serta penyelidikan optik dan mekanisme mata. Malah doktor-doktor Islam telah membuang katarak dengan jarum-jarum geronggang lebih 1,000 tahun sebelum orang-orang Barat berani mencuba tugas ini.

Seni bina dan kejuruteraan

Rencana utama: Seni bina Islam

Menara kembar Kharaghan yang dibina pada tahun 1067mengandungi kubur putera-putera Seljuk.
Pembinaan Masjid Agung Samarra di Iraq yang disiapkan pada tahun 847menggabungkan seni bina hipostail yang terdiri daripada baris-baris tiang yang menyangga sebuah tapak datar yang mempunyai menara pilin yang besar di atasnya.
Orang Moor memulakan pembinaan Masjid Agung Cordoba pada tahun 785 dan menandakan permulaan seni bina Islam di Sepanyol dan Afrika Utara. Masjid ini terkenal dengan gerbang-gerbang dalaman yang ketara. Seni bina Moor mencapai puncaknya dengan pembinaan Alhambra yang merupakan istana/kubuGranada yang indah dan mengagumkan, dengan ruang-ruang dalaman yang terbuka dan berangin dan yang dihias dengan warna merah, biru, dan emas. Dinding-dindingnya dihias dengan motif-motif dedaun, inskripsi-inskripsi Arab, dan reka-reka bentuk awan larat, dengan dinding-dindingnya dilitupi oleh jubin-jubin berkaca. Masjid Qolsharif di Rusia disiapkan sekitar tahun 1000. Ia masih lagi merupakan masjid yang terbesar di timur Eropah kini.
Satu lagi subgaya yang tersendiri ialah seni bina Empayar Mughal di India padaabad ke-16. Menyepadukan unsur-unsur Islam dan Hindu, maharaja Akbarmembina sebuah kota diraja di Fatehpur Sikri yang terletak 42 km (26 batu) di barat Agra pada akhir dekad 1500-an. Makam Taj Mahal pula dibina pada 1650-an.

Sabtu, 17 Mac 2012

ISLAM DAN TEKNOLOGI



Dari segi definasi “Teknologi” ianya membawa maksud “aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan,perniagaan, dan lain2, sains gunaan” sementara islam adalah “tunduk dan patuh pada perintah Allah” kedua-dua istilah itu di rujuk pada kamus dewan bahasa dan pustaka.
Teknologi adalah perkataan yang berasal dari barat dan membawa maksud aplikasi Sains secara praktikal atau mekanikal terhadap industri atau kehidupan. Walaubagaimanapun teknologi atau ciptaan alat2 teknologi telah sekaligus dikaitkan dengan tamadun barat sehinggakan umat Islam telah terterap di dalam pemikiran mereka bahawa teknologi dan permodenan bererti penerapan nilai-nilai barat berserta cara hidupnya.
Ini dapat kita memperhatikan sendiri bagaimana negara2 Muslim berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf pencapaian teknologi masing2 seperti teknologi nuklear di Pakistan  dan sebagainya tanpa benar-benar memahami apakah tujuan teknologi tersebut. Perbahasan tentang teknologi dan permodenan seringkali di kaitkan dengan idea2 seperti demokrasi, kebebasan hidup (freedom) dan free-market ekonomi hinggakan kita sering mendengar ucapan2 seperti “untuk menjadi sebuah negara maju dan berteknologi, kita perlu berdemokrasi.”
Maka, teknologi dan tamadun terutama sekali tamadun barat sering disatukan dan seakan-akan tidak boleh dipisahkan lagi. Ini menimbulkan suatu kekeliruan di dalam pemikiran umat Islam tentang soal teknologi dan Islam. Jika teknologi bererti tamadun dan nilai2 barat ataupun tamadun barat berserta nilai-nilainyalah yang menghasilkan teknologi maka, bolehkah umat Islam menerima dan mengambil teknologi? Ini mengakibatkan umat Islam berpecah kepada dua kumpulan iaitu, kumpulan pertama yang berpendapat bahawa umat Islam perlu maju dan mengikut arus perubahan maka, kita perlu berteknologi dan sekaligus memeluk cara hidup barat berserta idea-ideanya dan idea2 barat tidak bertentangan dengan Islam. Kumpulan yang kedua pula berpendapat bahawa idea2 barat memang bertentangan dengan Islam, oleh kerana itu segala apa yang datangnya daripada barat adalah salah dan bid’ah termasuk teknologinya.
TORPEDO KURUN KE 13

Jika kita mendalami persoalan ini, kita akan melihat bahawa kedua-dua pendapat ini adalah bertentangan dengan realiti yang sebenarnya. Ini ialah kerana teknologi dan tamadun/nilai2 barat bukanlah dua perkara dalam satu yang tidak boleh diasingkan lagi malah, kedua-duanya merupakan perkara yang berasingan. Teknologi merupakan ciptaan barang2 material dan fizikal yang tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu tamadun, dalam kata lain ianya adalah madaniyyah (bahan material civilization) yang bersifat universal contohnya alat2 dapur seperti gas cooker, microwave ataupun alat2 komputer, televisyen, mesin jenerator dan alat-alat perang seperti kereta kebal, roket dan sebagainya. Semua alat2 tersebut adalah ciptaan fizikal yang tidak terikat kepada mana2  tamadun. Ini jelas sekali kerana tiada sesiapapun yang boleh mengaku bahawa sebuah microwave adalah terikat kepada tamadun barat atau menjadi lambang cara hidup barat. Ini berbeza dengan alat2 materi seperti lambang salib yang sememangnya terikat kepada idea Kristianiti ataupun patung2 yang terikat kepada kebebasan menunjuk aurat seperti patung2 ukiran zaman renaissance.

Universal Astrolabe (kurun ke 11)
Umat Islam perlu membezakan di antara teknologi (madaniyyah) yang dicipta oleh ahli sains dan teknologi barat dengan tamadun barat itu sendiri. Ini ialah kerana tamadun barat bukan sekadar pencapaian teknologi dan ciptaan alat2 materi tetapi tamadun (hadarah) barat bererti nilai-nilai atau idea2 yang datangnya dari pemikiran, cara hidup dan ideologi barat, kapitalisme. Maka, idea2 seperti demokrasi (iaitu manusialah yang berhak mencipta hukuman),women’s liberation dan freedom semuanya berasal dari tamadun/hadarah barat yang bertentangan dengan Islam dan nilai2 Islam. Jika perbezaan ini tidak difahami oleh umat Islam, maka ianya akan membawa kesan buruk terhadap kehidupan umat Islam malah, seluruh manusia yang menganuti hadarah barat sebagaimana yang kita perhatikan di negara2 barat itu sendiri.
ALEMBIC KURUN 8

Teknologi perlu difahami sebagai bahan2 material yang bersifat universal dan boleh dicipta dan digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada Islam atau kafir tetapi apa yang penting ialah tujuan kegunaannya dan tujuan penciptaannya yang ditentukan oleh idea2 yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, komputer merupakan alat teknologi yang tidak ada baik atau buruknya dan tidak terikat kepada mana2 tamadun tetapi ianya boleh digunakan untuk perkara2 sumbang seperti ponorgraphy akibat daripada idea barat seperti ‘freedom’ dan keghairahan nafsu sebaliknya komputer boleh pula digunakan untuk jalan berda’wah dan menyampaikan risalah Islam. Contoh lainnya seperti kegunaan teknologi dalam perang, alat2 perang boleh digunakan untuk membunuh rakyat sesebuah negara mengikut idea2 koloniasasi atau nasionalisme hinggakan kita lihat bagaimana umat Islam berperang sesama sendiri ataupun ianya boleh digunakan dalam berjihad iaitu berperang untuk menegakkan Islam sebagaimana yang disarankan di dalam Al Qur’an di dalam surah 8:60
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (An Anfal:60)
SARJAN ISLAM

 Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi atau ciptaan barang2 material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman Rasullullah s.a.w dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah s.a.w pernah mengambil teknologi perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau berserta sahabah menggali parit mengelilingi kota Medina sebagai benteng pertahanan. Kita juga melihat ciptaan meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al Fatih sewaktu penaklukan kota Constantinople. Malah Sains dan Teknologi merupakan bidang yang amat maju di zaman Khilafah Islam. Al-Qur’an banyak menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan segala ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. Allah s.w.t berfirman
“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan
kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami
nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? ” (Luqman:20 )
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)”. (Ibrahim: 32)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi
orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. (Al-A’raaf:32)
Ini sekaligus membantah pendapat sesetengah orang yang menyangkakan bahawa Islam itu ‘kuno’ dan tamadun Islam serta cara hidup Islam bererti tamadun unta.
Walau bagaimanapun ianya amat penting bagi umat Islam supaya memahami bahawa kegunaan alat2 teknologi tersebut adalah tertakluk kepada Syariah dan hukum Islam. Tujuan ciptaan dan kegunaan alat2 material mestilah berasal dan mengikut hadarah (idea2) Islam dan objektif Islam. Ini ialah kerana Islam mempunyai idea2 tersendiri yang bertentangan dengan hadarah barat. Ini juga memberi erti bahawa ukuran sesebuah negara maju bukanlah tertakluk kepada pencapaian teknologinya.
Al-jazari_water_device

Kita juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa disebabkan teknologi berasal daripada negara2 barat, maka kita perlu meniru cara hidup barat dan ideologinya untuk menjadi sebuah negara yang berteknologi. Kita perlu mengingati sejarah bahawa negara Khilafah Islam merupakan negara yang termaju malah merupakan sebuah ‘superpower’ semenjak zaman Rasullullah s.a.w hinggakan zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki. Oleh itu, umat Islam tidak boleh lagi memegang kepada prinsip bahawa teknologi serta tamadun barat adalah merupakan suatu pakatan hinggakan umat Islam perlu meniru tamadun barat untuk mencapai kemajuan.
Tamadun apa sekalipun sama ada barat ataupun timur yang bertentangan dengan hadarah Islam perlu dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Sebaliknya kita perlu kembali kepada hadarah Islam di dalam pemikiran, perbuatan, perasaan serta struktur masyarakat kita.
Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Al- Imran:85)